Kisah Dari Pengalaman Buang Batu Karang
Kisah ini benar-benar mengingatkan aku bahawa kesihatan bukan tempat untuk eksperimen "try and error", dan kadang-kadang, ilmu yang betul boleh menyelamatkan kita dari prosedur yang tak perlu.
Bila kawan aku datang tahun lepas, aku nampak perubahan ketara pada dirinya—kurus kering, wajah cengkung, mata sedikit kuning. Bila dia cerita simptom yang dia alami—susah tidur malam, perut kembung, masuk angin, selera makan hilang, kulit gatal-gatal—aku terus teringat apa yang terjadi pada wife aku dua tahun lepas.
Simptom yang hampir serupa.
Dulu, wife aku demam on-off selama 2-3 minggu, kami ingat biasa saja. Sampailah keadaan makin teruk—kulit gatal, malam tak boleh tidur, mata kekuningan. Aku bawak dia ke klinik di Pasir Gudang, doktor suluh matanya dan terus cakap, "Ini bukan demam biasa, ini demam kuning."
Aku terkejut. Macam mana aku tak perasan?
Doktor terus bagi surat refer ke hospital. Sampai di KPJ, doktor buat ultrasound, dan di situ kami nampak batu hempedu sebesar guli—2.5cm.
Doktor pakar bedah panggil kami dan kata, “Satu-satunya jalan adalah pembedahan buang pundi hempedu dan buat bypass.” Aku dan wife terpaku. Tak sangka dari hanya simptom ringan, tiba-tiba kena buang organ.
Kos? RM25,000.
Doktor suruh balik bilik dulu, pembedahan akan dibuat lusa.
Aku mati akal. Tapi aku yakin, mesti ada cara lain. Aku mula buat research sendiri. Google, baca jurnal, cari pengalaman orang lain.
Sampailah aku jumpa satu rawatan semula jadi yang dikongsi oleh Dr. Hamid Arshat. Aku cuba pada wife aku sebagai ikhtiar.
Keesokan paginya, wife aku sakit perut memulas. Dia buang air besar, dan dalam mangkuk tandas, banyak ketulan hijau timbul.
Aku syak itu batu hempedu.
Pagi sebelum pembedahan, doktor buat scan sekali lagi.
Masa ni, keajaiban berlaku—batu hempedu yang sebelum ni ada, tiba-tiba hilang! Hampir setengah jam doktor ulang scan, tapi tak jumpa.
Kami ingat boleh balik terus, tak perlu bedah. Tapi doktor nak pastikan betul-betul dengan endoscopy—kamera dimasukkan melalui mulut hingga ke pundi hempedu.
Kos rawatan tetap kena bayar, medical card tak boleh claim sebab belum cukup 2 tahun.
Selepas prosedur selesai, doktor jumpa aku. Dengan wajah hairan, dia cakap, "Tak perlu buang pundi hempedu, batu dah tak ada. Yang tinggal cuma pasir-pasir halus."
Aku tarik nafas lega.
Aku tak kata kaedah ini lebih baik dari pembedahan, tapi ia satu ikhtiar yang patut dicuba sebelum buat keputusan besar.
Dan keajaiban ini terjadi lagi.
Aku kongsi cara rawatan semula jadi yang sama dengan kawan aku yang sakit tu. Beberapa hari selepas mencuba, dia call aku dengan suara penuh teruja. Katanya banyak batu hijau sebesar ibu jari keluar melalui najis! Sekarang dia dah boleh tidur malam, selera makan makin baik, kulit pun kembali normal.
Ini bukan cerita kosong. Kadang-kadang, kita cuma perlukan ilmu dan usaha untuk mengelakkan sesuatu yang lebih buruk.
Anyway. Alhamdulillah semua kos rawatan wife aku, semua dapat kelulusan "paid and claim" semula dengan pihak takaful.
Jangan terus buat keputusan besar tanpa mencari jalan lain terlebih dahulu.
Ini adalah step yang saya buat 👇
====================≠====≠=
1. Cara Cepat untuk Buang Batu Karang dalam Satu Hari
2. Makan malam sebelum jam 12 tengah malam.
3. Keesokan harinya: Sarapan dengan jus dari 3 biji epal hijau (buang kulit dan kisar).
4. Makan tengah hari minum jus yang sama (3 biji epal hijau).
5. Makan malam juga jus yang sama (3 biji epal hijau).
6. Banyakkan minum air kosong sepanjang hari.
7. Pada jam 10 malam, minum jus khas yang dibuat daripada 1 cawan minyak zaitun & Jus dari 3 biji lemon.
8. Tidur dalam posisi mengiring ke kanan sambil meringkuk supaya batu karang lebih mudah keluar dari badan.
Disclaimer: Nyawa dan kesihatan bukan tempat untuk eksperimen. Ini hanyalah ikhtiar secara alami semulajadi.
Sesuai untuk semua orang yang mahu mencuba.
Semoga bermanfaat.






Catat Ulasan for "Kisah Dari Pengalaman Buang Batu Karang"