Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kanak-kanak Kini Mempunyai Tingkah Laku Luar Biasa

Terdapat rungutan daripada pengusaha dan guru tadika yang kebanyakannya menyatakan kanak-kanak masa kini mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Saya sendiri berasa agak risau apabila membacanya. Ini adalah antara komen daripada Puan Shazwana Hanafi:

1. Tidak pandai bermain, tidak mampu menghiburkan diri sendiri tanpa gajet.
2. Tingkah laku ‘sensory seeking’ yang pelik untuk usia 5 tahun—seperti menjilat gam, bakul sampah, dan cat air.
3. Tidak sabar, tidak boleh menunggu giliran, serta tidak tahu cara bergilir.
4. Ucapan masih terputus-putus walaupun sudah berusia 5 tahun.
5. Tidak memahami, mendengar, atau memproses arahan, termasuk arahan mudah.
6. Tidak boleh fokus dalam melakukan sebarang tugas, semua ingin diselesaikan dengan cepat.
7. Masih tidak pandai makan sendiri atau mengurus diri pada usia 5 tahun.
8. Masih memakai pampers walaupun berumur 5 tahun.
9. Tidak dapat membezakan barang sendiri dengan barang orang lain.
10. Tidak mengenali bahaya.
11. Tidak menyahut apabila nama sendiri dipanggil. Hanya berpaling apabila dipanggil “abang”, “kakak”, “adik”, atau nama pendek yang biasa digunakan di rumah.
12. Tidak sedar tentang persekitaran—jalan tanpa mengendahkan orang di sekeliling.
13. Kurang kesedaran tentang perasaan orang lain dan empati. Contohnya, tidak peduli jika terlanggar orang.
14. Kemahiran motor halus sangat lemah, jari-jari kaku—mungkin kesan penggunaan gajet yang berpanjangan.
15. Tidak menghormati orang dewasa, sanggup memukul guru tanpa rasa takut atau sedar kesalahan.
16. Pada minggu pertama sekolah, mereka menyapa guru dengan panggilan “hoi!”.
17. Cara bermain yang berbuli—memijak, menendang, menampar—seperti adegan dalam YouTube.
18. Sering buat aksi berbahaya seperti memanjat almari atau meja lalu terjun, tanpa rasa takut.
19. Mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya disebut oleh kanak-kanak tadika.
20. Yang paling membimbangkan: “Nanti dah besar saya nak hisap vape macam ayah.”


Apa yang lebih merisaukan ialah kesemua anak ini adalah normal—bukan autistik atau mempunyai masalah pembelajaran lain.

Teringat perbualan baru-baru ini dengan rakan mengenai geran Social Entrepreneur. Katanya, antara perkara yang menarik perhatian pemberi geran ialah perusahaan berkaitan pembelajaran, khususnya bagi menangani masalah penguasaan 3M (Membaca, Mengira, Menulis) dalam kalangan pelajar sekolah rendah yang sangat rendah.

Jika tidak silap, kira-kira 43% pelajar sekolah rendah kini berada di bawah tahap minimum dalam penguasaan 3M.

Yang di sekolah rendah menghadapi masalah ini,
yang di tadika pula mengalami situasi seumpamanya.

Sungguh membimbangkan untuk masa depan generasi akan datang.

Dalam kita berusaha menarik lebih ramai orang ke bidang STEM dan jurusan profesional, rupa-rupanya masalah asas sedang melanda generasi muda kita.

Sumber FB
AzmanSulaiman
AzmanSulaiman Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti menulis blog

Catat Ulasan for "Kanak-kanak Kini Mempunyai Tingkah Laku Luar Biasa"